Kelas Web Whatsapp

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2020 yang lepas PI Bawang Assan telah mengadakan kelas Web Whatsapp bersama salah seorang pelajar iaitu adik Augustine Unggang Anak Benedict. Kelas tersebut berlansung selama 30 minit bermula pada pukul 1:00 sehingga 1:30 petang.

Kelas tersebut bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Whatsapp boleh dibuka menggunakan computer melalui Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge, dan lain-lain.

Selain itu, adik Augustine belajar cara untuk memindahkan maklumat atau data dari Whatsapp ke komputer seperti gambar, video, dan lain-lain. Ini membantu proses pemindahan maklumat atau data dari Whatsapp dengan cepat dan mudah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali